photo credit to simpangwaru.wordpress.com
https://soundcloud.com/radzali-mustaffa/sejenak
salam Kawan-kawan steemit sekelian. Hari ini saya ingin share lagu ciptaan saya yang dinamakan Sejenak . Belum ada lagu ciptaan saya yang saya nyanyi kan sendiri. Lagu ini telah lama dicipta inspirasi dari kawan-kawan yang sering menyanyikan lagu-lagu baru yang di cipta secara spontan. Lagu ini mengisahkan seorang jejaka yang dulunya seorang playboy tetapi setelah beliau menyesali sikapnya dulu dan ingin kembali setia kepada sesaorang dan meminangnya..tetapi kekasihnya agak buntu kerana ada dua pilihan dan meminta jejaka ini menunggu jawapanya.... Dengarkan lah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan saya sendiri..maaf suara saya tak sedap maklumlah bukan penyanyi.
SEJENAK
Sejenak ke terpandang bayang-bayang mu yang datang terdetik pertanyaan adakah cinta dibalasnya
Setahun ku menunggu Jawapan dari mu Dia atau aku Namun jawapan mu menusuk kalbu
Katanya Tak ingin menangis Kerana ku tak ingin menderita dikecewa katanya tulus cinta ku datang dari lubuk dusta sedangkan ku menunggu penuh setia
Sejenak ku terfikir jawapan yang terukir ku tahu dia itu yang bertahta dihati mu
ku akur jawapan mu jodoh ini bukan milik ku izinkan kali ini ku memanggil dirimu ...sayang.