https://youtu.be/m9bdgO5pOu8
Salam Sejahtera kawan-kawan steemit semua. kali ini saya membawa anda kepada persembahan pergendangan melayu kontemporari. Kumpulan ini diasaskan oleh pensyarah fakulti muzik uitm dibawah kendalian En Kamrulbahri. Kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar diploma dan Ijazah sarjana muda muzik UiTM. Persembahan ini dibawah pemantauan saya selaku pengurus persembahan. Lagu yang dimainkan oleh pelajar muzik ini ialah lagu 'Ayam Didik' lagu tradisional yang dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan muzik asli, dikir barat dan lain-lain. Lagu ini jarang dapat didengar di radio atau television kerana tak ramai lagi kumpulan muzik memainkannya. Di UiTM kami sentiasa memainkan dan memberi nafas baru kepada lagu-lagu tradisional supaya lagu-lagu ini tidak hilang ditelan zaman.