Steem Cartoon: Ujian itu hikmah, hikmah itu anugerah.

@rehanrhapsody · 2018-02-11 21:44 · steem-cartoon

Februari 2018.

Saya masih lagi tidak punya apa-apa. Masih lagi tidak kemana-mana dan masih lagi dengan percakapan kertas yang tak seberapa. Masalah yang datang makin berjela-jela. Hinggakan bisikan serampang mata tiga makin kerap bermain-main ditelinga.

Mengapa saya? Mengapa nasib saya begini rupanya? Apakah ini balasan atas dosa-dosa saya yang lalu? atau hukuman kerana terlalu menurut nafsu? Kenapa hidup saya tidak seperti rakan-rakan yang lain? - lancar seperti menyisipkan tubuh dengan kain. Kenapa tuhan tidak menghulurkan petunjuk mahupun satu? Kenapa tuhan membisu dan membatu?

Persoalan demi persoalan mula melingkar - yang direjam pula sudah ketawa besar melihatkan satu akidah yang perlahan-lahan goyah. Saya tercari-cari akan sahabat-sahabat yang sering bersama. Saya fikir hendak meminta sedikit nasihat sebelum bisa tanduk lebih melarat. Saya tunggu - tunggu - dan tunggu tidak muncul juga. Beberapa minit kemudian telefon bimbit saya membunyikan diri tanda mesej diterima. Owh, rupanya dari sahabat yang dinanti.

Sahabat: Masa kamu sekolah dulu, cikgu ada tolong tak masa exam? Saya: Tak. Sahabat: Kenapa? Saya: Dalam exam mana boleh tolong, tak adillah namanya. Sahabat: Apa yang kamu hadap sekarang ni adalah ujian. Dalam ujian mana boleh tolong, tak adillah namanya.

Astaghafirullah. Tersentak saya dengan kata-kata sahabat yang ringkas tapi padat itu.

Teringat saya akan kata-kata Beng Rahadian, "tuhan tidak akan memberikan dugaan melebihi kadar kapasiti manusia itu sendiri..insya Allah. Setiap dugaan itu ada hikmah dan hikmah itu juga satu anugerah."

they_died_too_young_by_soldadu83-d4rrnvk.jpg

DQmXf8zpyVEGxHjGow3mnB3KWeyPuLoWLpCBUyFzfpANW7Z_1680x8400.png

U5dsnWgSEds82AhRJBhemfrZKFyQLaq_1680x8400.png

#steem-cartoon #steemiteducation #teammalaysia #thesteemengine #ocd-resteem
Payout: 0.000 HBD
Votes: 55
More interactions (upvote, reblog, reply) coming soon.